Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

PERTUKARAN GURU SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH

1. Penyataan Dasar
1.1. Pertukaran guru terlatih di antara negeri dan dalam negeri adalah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan. Pertukaran seumpama ini dikuatkuasakan dalam bentuk surat arahan pertukaran.
1.2. Guru-guru dibenarkan memohon untuk bertukar. Kelulusan pertukaran guru adalah tertakluk kepada kekosongan dan keperluan di negeri-negeri yang mereka pohon.
1.3. Dasar pertukaran guru terlatih yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini adalah berpandukan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti :-
1.3.1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 22/1998 : Penempatan dan Pertukaran Guru Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains Mengikut Keperluan Perkhidmatan. KP(BS) 8591/Jld. XIV/(22)
1.3.2. Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 4 Tahun 2005. Garis Panduan Pelaksanaan Pusingan Kerja Pegawai dan Anggota kumpulan sokongan Kementerian Pelajaran Malaysia. KP(PP)0022/4/5Jld.9 (61)
1.3.3. Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2007 - Penurunan Kuasa Urusan Penempatan dan Pertukaran Pegawai Guna sama Persekutuan.
1.3.4. Prosedur Pertukaran Guru Terlatih antara negeri bagi sekolah Rendah dan Menengah. KP(BS/PSR)8502/01/012/(21).
1.3.5. Pindaan kepada Prosedur Pertukaran Guru Terlatih antara negeri bagi sekolah Rendah dan Menengah. KP(BS/PSR)8502/01/012/(22).
1.3.6. Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri Secara Atas Talian (e-GTukar). KP/KPPM/5 (8) 

2. Tujuan
2.1. Memberi peluang kepada guru-guru pulang berkhidmat ke negeri asal mereka atau negeri yang ingin mereka berkhidmat.
2.2. Mengikut pasangan berpindah atas arahan perkhidmatan atau kenaikan pangkat.
2.3. Mengikut pasangan yang sedia berada di negeri yang pohon.
2.4. Bertukar atas sebab-sebab keselamatan atau kesihatan.
2.5. Bertukar atas keperluan perkhidmatan. 

3. Pelaksanaan Dasar
3.1. Pertukaran guru antara negeri telah dilaksanakan semenjak wujudnya jawatan guru. Dasar pertukaran guru ini berubah dari masa ke semasa mengikut keperluan perkhidmatan dan keadaan kekosongan guru di sesuatu tempat pada sesuatu masa itu. Pada ketika ini Dasar Pertukaran Guru antara negeri lebih menekankan kepada keperluan perkhidmatan, keperluan opsyen / mata pelajaran serta kekosongan di negeri yang dipohon. 

4. Kaedah Pelaksanaan
Berpandukan kepada dasar-dasar yang telah dinyatakan dan keperluan semasa pertukaran guru antara negeri, kriteria-kriteria yang gunakan adalah seperti berikut:-
4.1. Kriteria Pertukaran
4.1.1. Keperluan Perkhidmatan.
4.1.2. Kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.
4.1.3. Keperluan opsyen / mata pelajaran di negeri yang dipohon.
4.2. Faktor-faktor Yang Perlu Diambil kira Dalam Menguruskan Pertukaran
4.2.1. Kepentingan perkhidmatan.
4.2.2. Peruntukan kewangan bagi pertukaran itu.
4.2.3. Pembahagian guru-guru terlatih dan berpengalaman yang saksama antara :-
4.2.3.1.1. Sekolah di luar dan di dalam bandar dalam negeri berkaitan.
4.2.3.1.2. Sekolah-sekolah dalam kawasan atau bandar yang sama.
4.2.4. Pembahagian guru-guru lelaki dan wanita yang munasabah di sekolah-sekolah di dalam kawasan yang sama terutamanya dalam bandar-bandar besar.
4.2.5. Tempoh perkhidmatan di sesebuah sekolah / kawasan atau negeri yang tertentu.
4.3. Pertukaran Guru Antara Negeri secara on-line
4.3.1. Bahagian Pengurusan Sekolah Harian/ bahagian-bahagian lain KPM/ JPN menyediakan surat siaran selaras dengan dasar-dasar baru.
4.3.2. Sekolah menerima dan memaklumkan surat siaran kepada guru-guru.
4.3.3. Guru mendaftar permohonan pertukaran secara on-line.
4.3.4. Guru sebagai pemohon, mencetak borang permohonan dan menyerahkan bersama-sama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada pengetua/guru besar untuk disahkan.
4.3.5. Pengetua/ Guru besar sebagai penyemak menyemak borang permohonan dan dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh guru.
4.3.6. Penyemak mengesahkan (disokong atau tidak disokong) dan memberi ulasan secara on-line.
4.3.7. JPN sebagai penyemak negeri menyemak permohonan pertukaran (disokong atau tidak disokong) secara on-line dan memberi ulasan.
4.3.8. Pegawai JPN (Unit Sekolah Menengah / Rendah) menyediakan senarai sepadu guru-guru yang memohon untuk dihantar ke BPSH. JPN juga memilih guru yang akan bertukar ke negeri berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan berdasarkan keperluan negeri mengikut opsyen.
4.3.9. BPSH menyediakan analisa permohonan pertukaran setiap negeri.
4.3.10. BPSH mengurus Mesyuarat Pertukaran Secara Berpusat. Panel dalam mesyuarat berpusat ini akan membuat keputusan muktamad kelulusan permohonan pertukaran guru antara negeri berdasarkan keperluan setiap negeri berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan.
4.3.11. BPSH menyediakan Arahan Pertukaran (Transfer Order) bagi permohonan yang berjaya.
4.4. Pembatalan Kelulusan Pertukaran Guru Antara Negeri
4.4.1. BPSH menerima surat permohonan pembatalan kelulusan pertukaran dari guru.
4.4.2. Panel Rayuan menyemak dan membuat pertimbangan permohonan.
4.4.3. Menyedia surat jawapan bagi permohonan pembatalan pertukaran.
4.4.4. JPN menerima salinan surat kelulusan atau penolakan permohonan pembatalan pertukaran.
4.4.5. Menyediakan surat pemakluman kelulusan atau penolakan permohonan pembatalan.
4.4.6. Menghantar surat pemakluman pembatalan kelulusan kepada guru.
4.5. Pertukaran Guru dalam Negeri
4.5.1. JPN menyediakan surat siaran pertukaran guru untuk dihantar ke PPD dan sekolah.
4.5.2. PPD menerima dan menyemak 3 set Borang Permohonan dari sekolah berserta dengan dokumen-dokumen sokongan untuk diperakukan.
4.5.3. JPN menerima 2 set dokumen lengkap permohonan daripada PPD.
4.5.4. JPN menyediakan Senarai Sepadu mengikut daerah yang dipohon.
4.5.5. JPN mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Dalam Negeri untuk membuat keputusan.
4.5.6. JPN Menyediakan senarai kelulusan pertukaran seperti yang diputuskan untuk diserahkan kepada PPD.
4.5.7. PPD mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru di peringkat daerah bagi menentukan cadangan sekolah.
4.5.8. PPD menyediakan surat iringan dan cadangan penempatan pertukaran guru serta menghantar cadangan penempatan ke JPN.
4.5.9. JPN menyediakan surat penempatan pertukaran kepada pemohon.
4.5.10. PPD menyediakan surat makluman kepada pemohon yang gagal.
4.6. Pembatalan Kelulusan Pertukaran Guru Dalam Negeri
4.6.1. Menerima surat permohonan pembatalan kelulusan pertukaran dari guru.
4.6.2. Menyemak dan membuat pertimbangan permohonan.
4.6.3. Menyedia surat jawapan bagi permohonan pembatalan pertukaran.
4.7. Pertukaran Guru Dalam Daerah
4.7.1. PPD menerima 2 set Borang Permohonan dari sekolah.
4.7.2. PPD menyemak Borang Permohonan dan menyenaraikan permohonan yang lengkap dalam Senarai Sepadu .
4.7.3. PPD mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pertukaran Guru Dalam Daerah untuk membuat keputusan.
4.7.4. Menyedia dan menghantar surat penempatan pertukaran kepada pemohon.
4.7.5. Menyediakan surat makluman kepada pemohon yang gagal.
4.8. Pembatalan Kelulusan Pertukaran Guru Dalam Daerah
4.8.1. PPD menerima surat permohonan pembatalan kelulusan pertukaran dari guru.
4.8.2. Menyemak dan membuat pertimbangan permohonan.
4.8.3. Menyedia surat jawapan bagi permohonan pembatalan pertukaran.
4.8.4. Sekiranya terdapat langkah-langkah yang tidak mematuhi spesifikasi ambil tindakan pembetulan.
4.9. Syarat-syarat Pertukaran Guru Antara Negeri dan Bahagian.
Syarat-syarat permohonan yang boleh dipertimbangkan bagi pertukaran guru terlatih adalah seperti berikut :-
4.9.1. Mengikut Suami / Isteri
4.9.1.1. Kenaikan pangkat suami / isteri (ketua jabatan kerajaan).
4.9.1.2. Arahan bertukar suami/isteri.
4.9.1.3. Keadaan biasa (suami/isteri berada di negeri yang
dipohon).
4.9.1.4. Permohonan bersama – hanya dipertimbangkan untuk pertukaran Januari.
4.9.2. Kes Kesihatan Kronik (mesti mempunyai laporan kesihatan yang disahkan oleh doktor pakar kerajaan)
4.9.2.1. Kes kesihatan kronik diri
4.9.2.2. Kes kesihatan kronik keluarga (suami / isteri / anak)
4.9.3. Ancaman Keselamatan (mesti disertakan dengan laporan polis)
4.9.3.1. Ugutan / ancaman bunuh
4.9.3.2. Ugutan / ancaman cedera ke atas diri sendiri /suami / isteri / anak.
4.9.4. Memenuhi Tempoh Perkhidmatan
4.9.4.1. Tempoh kelayakan bagi permohonan pertukaran ialah telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di negeri terakhir.
4.9.4.2. Walau bagaimana, kelulusan permohonan tersebut adalah  tertakluk kepada keperluan dan kekosongan jawatan di negeri yang dipohon.
4.9.5. Perceraian dan Kematian (Disertakan dengan surat kematian dan perceraian)
4.9.5.1. Kematian suami / isteri
4.9.5.2. Perceraian
4.9.6. Atas keperluan perkhidmatan 

5. Tarikh Kuatkuasa
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa semua permohonan pertukaran guru antara negeri dan dalam negeri dilaksanakan secara berjadual, 2 kali setahun
5.1. Pertukaran Januari (awal tahun) dan
5.2. Pertukaran Jun (pertengahan tahun)


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara