Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

PENGURUSAN KANTIN SEKOLAH


Kementerian Pelajaran Malaysia amat prihatin dengan tahap pengurusan kantin sekolah dan berusaha meningkatkan kualiti pengurusan dn perkhismatan dari semasa ke semasa. Hal ini demikian kerana kantin sekolah merupakan sumber utama bagi murid mendapatkan keperluan makanan semasa mereka berada di sekolah. Justeru itu adalah sangat penting bahan-bahan makanan yang dijual di kantin sekolah sentiasa selamat dimakan, bersih dan berkhasiat. Konsep makanan seimbang yang berkualiti dan mengenyangkan perlu diutamakan. Selain daripada mutu makanan itu sendiri, faktor kebersihan dan suasana kantin yang ceria perlu dititikberatkan.

Peranan Jawatankuasa Kantin di semua peringkat adalah amat penting dalam menentukan kejayaan pelaksanaan garis panduan ini. Pihak Pengurusan sekolah akan memastikan segala proses prosedur berkaitan perjanjian, kontrak dan memorandum persefahaman dipatuhi, sementara pihak pengusaha kantin pula dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pengusaha kantin sekolah yang cemerlang. Ini adalah kerana tujuan utama mengadakan kantin di sekolah adalah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada murid-murid bagi kepetingan tumbesaran dan perkembangan dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial semasa mereka berada di sekolah. Adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah dan pengusaha kantin bagi memastikan hanya makanan yang bersih, selamat, berkhasiat, segar dan mengenyangkan sahaja dijual di kantin sekolah.

Pengurusan sesebuah kantin sekolah adalah merupakan tanggungjawab bersama Pengetua atau Guru Besar, Guru Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) dan pengusaha kantin. Pihak sekolah hendaklah menyelia keadaan kantin dengan rapi bagi memastikan penyelenggaraan dan kemudahan-kemudahan kantin sentiasa terkawal. Untuk menyelaraskan tanggungjawab tersebut sesebuah jawatankuasa kantin sekolah hendaklah ditubuhkan.

Setiap sekolah yang mempunyai kantin, hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Kantin yang dianggotai oleh wakil-wakil guru, staf sokongan dan murid. Saiz keahlian serta kekerapan mesyuarat ditentukan oleh jawawankuasa ini. Jawatankuasa kantin adalah terdiri daripada :

Pengerusi
Pengetua atau Guru Besar

Naib Pengerusi
Guru Penolong Kanan (HEM)

Setiausaha
Guru Kantin

Ahli Jawatankuasa
Penolong Kanan Pentadbiran
Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelia Petang
Wakil Guru
Wakil PIBG
Wakil Lembaga Pengurus Sekolah (Sekolah Bantuan Modal)
Wakil Staf Sokongan
Wakil Murid

Peranan Jawatankuasa ini ialah ;
  1. membantu Pengetua atau Guru Besar dalam usaha membuat perancangan, pelaksanaan dan penilaian berkaitan dengan pengurusan kantin.
  2. menerima dan menyampaikan maklum balas dan cadangan daripada pihak murid, guru, staf sokongan, ibu bapa kepada Pengetua atau guru Besar tentang pengurusan kantin.
  3. menjalankan pelbagai aktiviti-aktiviti pendidikan dan kempen yang berkaitan dengan kantin.
  4. memastikan pelaksanaan Program Kendiri Kantin Sekolah dilaksanakan dengan baik.

1.    PENYATAAN DASAR :

Pengurusan Kantin Sekolah harus dilaksanakan secara berterusan dan cekap. Dasar pengurusan kantin sekolah yang diamalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada masa kini adalah berpandukan kepada arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa seperti:
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/1967 : Panduan untukKesihatan Murid dan Kebersihan di Kantin Sekolah. K.P.8614/B/3/(2)
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1981: Jualan Makanan dan Minuman di Kantin-Kantin Sekolah untuk murid-murid yang berbilang agama. K.P. 8786-39(41).
    • Surat pekeliling Ikhtisas Bil 2/1983: Kantin Sekolah. KP 8591/Jld.ll(1)
    • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/98:  Menjaga kesihatan pelajar di sekolah, (BS)8591/Jld.XIV(6).
    • Surat Pekeliling :  Penurunan kuasa MenandatanganiKerajaan dan pelantikan Jawatankuasa Sebut Harga. KP(S)10102/14/012(69).
    • Surat Pekeliling 18 Ogos 2008 : Pelantikan Sebut Harga Di Sekolah-  Sekolah Bukan Pusat tanggungjawab (PTJ). KPAK SEK/500-5 (18)
    • Surat pekeliling 19 Sept 2008: Penurunan Kuasa Menandatangani Kontrak Bagi Sekolah-Sekolah Bukan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
    • Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2008.

2.    TUJUAN :

Memastikan segala  prosedur berkaitan pengurusan kantin sekolah berjalan dengan cekap berpandukan arahan-arahan yang disediakan oleh pihak Kementerian serta agensi-agensi yang berkaitan seperti Kementerian Kesihatan dan Pihak Berkuasa tempatan. Pengusaha kantin pula dapat melaksanakan peranan dan tanggungjawab sebagai pengusaha kantin sekolah yang cemerlang.

3.    PELAKSANAAN DASAR :
                     Berpandukan Buku Panduan Pengurusan Kantin Sekolah 2008


4.    KAEDAH PELAKSANAAN :

4.1  Kementerian Pelajaran Malaysia memastikan aspek-aspek pengurusan kantin sekolah dipatuhi:

i.    Pematuhan perjanjian penyewaan dan pengurusan kantin sekolah dilaksanakan mengikut prosedur dan spesifikasi yang ditetapkan.
ii.    Mewajibkan setiap pengusaha kantin sekolah menyediakan laporan harian pemeriksaan kendiri kantin sendiri sebagai penarafan kendiri pemeriksaan kantin sekolah.

4.2  Kriteria Pelaksanaan:

4.2.1  Penyediaan Perolehan Penyewaan dan Pengurusan Kantin Sekolah.

i.    Menyediakan sebut harga
ii.   Penubuhan Jawatankuasa Pembuka Peti sebut Harga
iii.  Jawatankuasa Sebut Harga
iv.  Perjanjian Penyewaan dan Pengurusan Kantin sekolah

4.2.2    Pihak pengurusan kantin sekolah akan memastikan segala proses prosedur berdasarkan kepada elemen berikut:

i.     Bangunan dan kemudahan kantin sekolah
ii.     Pengendali makanan
iii.    Makanan dan minuman
iv.    Kawalan kebersihan dan keselamatan kantin
v.     Pengurusan kantin sekolah

5.    TARIKH KUATKUASA DASAR :
           
            Pada tahun 1984 Berpandukan Buku Panduan kantin Sekolah yang dikeluarkan pada      tahun 1983.

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara