Social Icons

-

Saturday, September 15, 2012

PENGURUSAN KESELAMATAN SEKOLAH


1.         PENYATAAN DASAR

Akta Pendidikan 1996  Bahagian 13 Peraturan-Peraturan:  
Peruntukan 130 Akta Pendidikan 1996 iaitu Kuasa Menteri Untuk Membuat Peraturan, iaitu menerusi Subseksyen 2(n) yang menjelaskan tentang piawaian termasuklah piawaian mengenai keselamatan.


2.         TUJUAN

Meningkatkan kefahaman, penghayatan dan amalan bahawa keselamatan hendaklah dijadikan keutamaan dalam semua aktiviti pendidikan di sekolah di mana:

2.1       Semua warga sekolah hendaklah sentiasa sedar dan peka terhadap kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas diri mereka.

2.2       Sekolah dapat mengambil langkah proaktif dalam usaha menjamin keselamatan warganya dan dapat merancang strategi untuk mengatasi sesuatu ancaman keselamatan atau bahaya.

2.3        Sekolah dapat merancang dan melaksanakan arahan-arahan dan menguatkuasakan peraturan-peraturan seterusnya dapat membudayakan amalan keselamatan.


3.         PELAKSANAAN DASAR

3.1       Pada tahun 2002, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program Sekolah Selamat untuk dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh Negara. Tujuan utama pelaksanaan program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana pihak sama ada dari luar atau dari dalam.

3.2       Aspirasi Sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.

3.3        Program Sekolah Selamat berpandukan kepada Surat Pekeliling Ikhtisas dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari masa ke semasa seperti ;

·          
      • Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.

3.4       Jawatankuasa Induk 3K (Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan) yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pelajaran telah ditubuhkan pada tahun 2006. Di bawah jawatankuasa ini sebanyak tiga Jawatankuasa Bertindak diwujudkan sebagai jawatankuasa kerja yang melibatkan pelbagai pihak dalam mendapatkan input, pandangan serta pelaksana secara menyeluruh dan holistik. Jawatankuasa Bertindak Keselamatan adalah Jawatankuasa yang di selaraskan pelaksanaannya oleh unit disiplin.

4.         KAEDAH PELAKSANAAN  ( Dasar Baru )

4.1       Pada tahun 2002 Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat sebagai panduan pelaksanaan pengurusan menjadikan sekolah berada dalam keadaan selamat.

4.2       Pada tahun 2006 Jawatankuasa Bertindak Keselamatan  telah diselaraskan oleh unit disiplin selaras dengan pelaksanaan Program Sekolah Selamat.

4.3       Kementerian Pelajaran berpendirian bahawa keselamatan dan kebajikan warganya hendaklah sentiasa diberi keutamaan dalam setiap aktiviti, konsisten dan berterusan.    

4.4       Bagi memastikan keselamatan sekolah sentiasa berada pada tahap memuaskan serta terjamin, Kementerian Pelajaran telah menggubal satu mekanisme penarafan keselamatan yang standard dinamakan Piawaian Keselamatan Sekolah ( PKS ) untuk diguna pakai di semua sekolah. Ia selaras dengan Peruntukan 130 Akta Pendidikan 1996 iaitu Kuasa Menteri Untuk Membuat Peraturan, iaitu menerusi Subseksyen 2(n) yang menjelaskan tentang piawaian termasuklah piawaian mengenai keselamatan.

4.5       Sehubungan  itu,   KPM  telah  merancang agar dibuat  satu PIAWAIAN KESELAMATAN kepada setiap sekolah yang menekankan usaha menghayati dan mengamalkan budaya keselamatan di sekolah dan persekitarannya secara berterusan.

4.6       Instrumen PKS masih lagi dirintis di 642 buah sekolah melibatkan 321 buah sekolah menengah dan 321 buah sekolah rendah seluruh negara. Ia dilaksanakan selama dua tahun iaitu tahun 2008 dan 2009. Hasil rintis ini akan diperolehi menjelang penghujung tahun 2009 dan sekiranya mencapai objektif keselamatan KPM, maka ia akan dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2010. Sekolah Yang Selamat hanya akan wujud setelah setiap warganya mempunyai kesedaran, penghayatan seterusnya dapat membudayakan  amalan keselamatan.

            4.7       Kriteria Pelaksanaan

4.7.1    Bagi memastikan perancangan dan pelaksanaan dapat dijayakan dengan teratur dan rapi serta mencapai objektifnya, maka tindakan secara holistik di peringkat sekolah perlu diambil dengan mewujudkan satu jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Keselamatan Sekolah.

4.7.2    Kementerian Pelajaran telah menyediakan polisi keselamatan yang berupa Arahan Keselamatan dari aspek:
      • Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid
      • Pengurusan Keselamatan Dalam menghadapi Krisis dan Bencana
      • Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah
      • Pengurusan Keselamatan Dalam Menangani Gejala Sosial
      • Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Risiko
     
4.7.3    Instrumen ini akan diguna pakai oleh Kementerian Pelajaran,    Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah semasa menjalankan pemantauan dan penyeliaan keselamatan di sekolah.           

4.7.4     Pihak sekolah juga dikehendaki menggunakan instrumen ini untuk melakukan penarafan kendiri. Instrumen PKS adalah mekanisme yang bertujuan untuk membuat penilaian dan piawaian tahap keselamatan yang hendak dinilai. Setiap item diberi skor yang telah ditetapkan dan skor yang dipilih hendaklah berasaskan kepada data dan maklumat yang betul dan tepat. 


5.         TARIKH KUATKUASA DASAR

5.1       Kementerian Pelajaran telah menguatkuasakan pelaksanaan Keselamatan Sekolah menerusi Surat Pekeliling Ikhtisas  Bil.4/2002 : Pelaksanaan Program Sekolah Selamat.
5.2       Proses transformasi terhadap pengurusan Keselamatan di sekolah bermula pada penubuhan Jawatankuasa Induk 3K ( Kesihatan, Kebersihan dan Keselamatan ) tahun 2006. 

No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara