Bekas
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Nor Daim dinobat sebagai Tokoh Kepimpinan
Pendidikan 2011, manakala empat lagi warga pendidik dipilih sebagai Tokoh Guru
2011 sempena sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-40.
Penerima
Tokoh Guru 2011 antaranya ialah bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan
Kebangsaan (NUTP), Datuk Siva Subramaniam, 64, dan pensyarah Universiti
Industri Selangor (Unisel), Prof. Datuk Dr. Ab. Rahim Selamat, 66.
Turut
menerima penghormatan yang sama ialah bekas pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan (SMK) Air Putih, Kuantan, Hamedah Wok Awang, 63, dan bekas pengetua
Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu, Datuk Rita T. Jaafar.
Mereka
menerima pingat, piala, sijil dan wang tunai RM10,000 yang disampaikan oleh
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pelancaran
perayaan tersebut di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini.
Nor
yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Pelajaran Sarawak ketika ditemui
berkata, pengiktirafan tersebut mampu menjadi pendorong kepada seluruh warga
pendidik untuk terus berbakti dalam melahirkan modal insan yang berkualiti di
negara ini.
“Terima
kasih kepada semua guru kerana mempunyai semangat untuk meneruskan perjuangan
masing-masing. Saya yakin pendidikan adalah mekanisme terpenting bagi kita
bergerak ke depan menjadi sebuah negara yang maju,” katanya.