SERDANG 14 April - Kementerian Pengajian Tinggi menyasarkan 150,000
pelajar antarabangsa akan menuntut di Malaysia pada 2015, kata Ketua
Setiausahanya, Datuk Ab. Rahim Md. Noor.
"Sehingga hujung tahun lepas kita ada 96,000 pelajar antarabangsa
yang belajar di sini dan kita kini sedang memperkasakan pelbagai usaha
untuk mempromosikan lagi Malaysia sebagai tempat pilihan pelajar
antarabangsa datang belajar.
"Dan pada 2015 kita mahu mencapai sasaran mempunyai 150,000 pelajar
antarabangsa belajar di Malaysia,” katanya kepada pemberita di Karnival
Keluarga 1KPT 2012 di sini hari ini.
Beliau berkata sehingga kini pihaknya mempunyai pusat promosi di Dubai, Jakarta, Bandaraya Ho Chi Minh dan China. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment