Social Icons

-

Saturday, April 20, 2013

Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan Sarawak

 

Merapatkan jurang pembelajaran

Kuala Lumpur: Usaha kerajaan untuk merapatkan jurang pembelajaran antara pelajar bandar, luar bandar dan pedalaman berterusan dengan pelancaran Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan Sarawak, hari ini.

Pelan berkenaan adalah lambang komitmen Kementerian Pelajaran untuk memberi nafas baru kepada sistem pendidikan negara.

Pelan komprehensif itu termasuk dalam 100 inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi memastikan tiada pelajar tercicir dalam arus pembangunan negara.


Pelancaran dijangka disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Sabah hari ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Datuk Mazlan Mohamad (gambar), berkata Pelan Transformasi Pendidikan Pedalaman Sabah dan Sarawak adalah kesinambungan daripada Pelan Transformasi Pendidikan Orang Asli (PTPOA) yang diyakini mampu melonjak tahap pendidikan negara.

"Sebelum ini PTPOA diperkenalkan bagi memperkasa pencapaian masyarakat Orang Asli seiring dengan kemajuan negara tetapi PTPOA hanya bertumpu kepada satu kaum yang mana di Semenanjung kita memberi fokus kepada masyarakat Orang Asli dan di Sabah dan Sarawak hanya masyarakat Penan.

"Justeru, sejajar dengan hasrat memperkasa dan meningkatkan kualiti pendidikan negara selain mengurangkan jurang perbezaan antara sekolah bandar dan luar bandar, pelan yang dirangka kali ini bersifat menyeluruh.
Sedia rumah guru

"Pelan itu sekali gus ditambah baik dengan menjurus ke arah memberi kesinambungan dan mempertingkat taraf kualiti pendidikan kawasan pedalaman secara menyeluruh tanpa mengambil kira kaum dan etnik," katanya.

Mazlan berkata tumpuan utama pelan transformasi itu adalah memastikan keseimbangan kualiti pendidikan antara kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira tahap pedalaman P1, P2 dan P3.

"Tahap pedalaman P1, P2 dan P3 bermaksud tahap kesukaran untuk ke sekolah termasuk dari segi geografi dan kemudahan asas yang mana P3 diklasifikasikan sebagai tahap yang paling sukar.

"Pelan itu juga meliputi pelbagai aspek termasuk usaha pengekalan kelangsungan kebajikan kepada tenaga pengajar dengan menyediakan rumah guru di samping memberi tumpuan mengatasi sepenuhnya masalah bekalan air dan elektrik.

"Sebanyak 814 sekolah di Sabah dan Sarawak dikategori sebagai pedalaman dan kerajaan berusaha mengatasi masalah-masalah menerusi pelan jangka pendek serta panjang," katanya.

Beliau berkata, di bawah pelan itu juga penempatan guru mengikut opsyen sebenar disediakan dan setiap sekolah di pedalaman mesti diketuai pengetua dan guru besar yang berwibawa dan bersedia ke arah peningkatan kualiti sekolah pedalaman.

Asrama desa

"Selain itu perancangan membina asrama desa di kawasan yang dikenal pasti serta kemudahan capaian internet di setiap sekolah dilakukan.

"Kemudahan asrama adalah antara usaha terbaik bagi mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar yang berpunca daripada kedudukan rumah jauh dari sekolah, tiada pengangkutan dan masalah cuaca," katanya.

Katanya, di bawah pelan itu Kementerian Pelajaran juga akan menambah bilangan Sekolah Model Khas Komprehensif K-9 (Sekolah K9) iaitu sekolah yang mempunyai kelas dari prasekolah hingga Tingkatan Tiga bagi memastikan tidak ada murid di pedalaman yang tercicir daripada sekolah menengah.

"Sebelum ini Sekolah K9 sudah dilaksanakan di perkampungan Orang Asli di Semenanjung dan Sarawak iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar 2, Paloh Hinai, Pekan, Pahang, SK Betau di Kuala Lipis, Pahang; SK Rancangan Penempatan Semula (RPS) Pos Kemar Grik, Perak; SK RPS Banun, Grik, Perak serta SK Long Bedian, Sarawak dan mencatatkan prestasi akademik dan kokurikulum yang membanggakan.

"Memandangkan PPPM 2013-2025 dilaksanakan mengikut sistem gelombang, kementerian komited untuk memperluaskan Konsep Sekolah K9 dalam setiap gelombang iaitu Gelombang Pertama 2013 hingga 2015, Gelombang Kedua 2016 hingga 2020 dan Gelombang Ketiga 2021 hingga 2025," katanya.


No comments:

Post a Comment

Senarai Sekolah 1 Malaysia

Isi menu tab 2
Isi menu tab 3
Isi menu tab 4
  1. SMK Derma
  2. SM Sains Syed Tuanku Putra
  3. SMK Jitra
  4. SMK Agama Baling
  5. SMK Sultan Badlishah
  6. SM Sultan Abdul Halim
  7. SM Sains Sultan Mohammad Jiwa
  8. SM Sains Pokok Sena
  9. SMK Abdullah Munsyi
  10. SMK Dato’ Onn
  11. SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin
  12. SMK King Edward VII
  13. SM Clifford
  14. SMK Seri Perak
  15. SMK Tengku Menteri
  16. SMK Raja Permaisuri Bainun
  17. SM Sains Raja Tun Azlan Shah
  18. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
  19. Kolej Melayu Kuala Kangsar
  20. SM Sains Teluk Intan
  21. SMK Victoria
  22. SMK Taman Tun Dr. Ismail
  23. SMK Aminuddin Baki
  24. SM Sains Selangor
  25. SMK Seri Bintang Utara
  26. SMK Seri Bintang Selatan
  27. SK Seri Bintang Utara
  28. SK Seri Bintang Selatan
  29. SMK(P) Sri Aman
  30. SMK Sungai Besar
  31. SMK Bandar Baru Bangi
  32. SMK Kuala Kubu Bharu
  33. SMK Telok Datok
  34. Kolej Islam Sultan Alam Shah
  35. SM Agama Persekutuan Kajang
  36. SM Sains Kuala Selangor
  37. SMK Sungai Pusu
  38. SMK Putrajaya 1, Presint 8
  39. Sekolah Alam Shah, Putrajaya
  40. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
  41. SK Putrajaya 1, Presint 8
  42. SK Putrajaya 2, Presint 9
  43. SMK Dato’Sedia Raja
  44. SMK Bandar Baru Serting (FELDA)
  45. SM Agama Persekutuan Labu
  46. Kolej Tunku Kurshiah
  47. Sekolah Dato Abdul Razak
  48. SM Sains Tuanku Jaafar
  49. SMK Abdul Rahman Talib
  50. SMK Seri Pekan
  51. SM Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  52. SM Sains Tengku Abdullah
  53. SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan
  54. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan
  55. SMK Dato’Dol Said
  56. SMS Muzaffar Shah
  57. SMK Tun Habab
  58. SMK Dato’ Sri Amar Diraja
  59. SM Sains Muar
  60. SM Sains Johor, Kluang
  61. Sekolah Tun Fatimah
  62. SM Sains Kota Tinggi
  63. SMK Agama Segamat
  64. SMK Dato’ Penggawa Barat
  65. SMK (P) Temenggong Ibrahim
  66. SMK Matang
  67. SM Sains Sultan Mahmud
  68. SM Sains Dungun
  69. SMKA Sheikh Abdul Malek
  70. SMK Kamil
  71. SM Dato Ahmed Maher
  72. SM Sains Tengku Muhamad Faris Petra
  73. SM Sains Machang
  74. SMKA Naim Libanat
  75. SM Sains Pasir Puteh
  76. SMK Elopura
  77. SMK Pengiran Omar
  78. SMK Tenom
  79. SM Sains Sabah Kota Kinabalu
  80. SM Sains Lahad Datu
  81. SMK Labuan
  82. SM Sains Labuan
  83. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji Abdillah
  84. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang
  85. SMK Bahasa Malaysia
  86. SMK Three Rivers
  87. SM Sains Kuching
  88. SM Sains Miri, Sarawak
 

Sample text

Sample Text

Sekiranya anda ingin berkongsi informasi yang sahih mengenai pendidikan di Malaysia, sila email ke alamat ensiklopediapendidikan@gmail.com Majulah Dunia Pendidikan Untuk Agama Bangsa & Negara